Pages

Friday, 8 June 2012

Jersi sembilan pasukan Euro 2012 bertoksik


LONDON 7 Jun - Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan yang bersaing dalam Euro 2012 bertoksik.
Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi pasukan Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal itu mendapati jersi kesemua sembilan pasukan kebangsaan itu mengandungi tahap bahan kimia yang membimbangkan. - AGENSI

Wednesday, 6 June 2012

Ilmu Hitam


Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang

Rumah Terbakar Panggil Bomba

Seorang lelaki yg sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata " tolong...tolong....rumah saya terbakar.."

Staff di pejabat bomba menjawab " awak tinggal di mana?"

Lelaki itu menjawab " saya terlalu takut...saya tak bole nak bagitau alamat nya.."

Bomba bertanya "bagaimana kami mau kesana?"

Lelaki itu menjawab dengan marah "Bagaimana?..bodo la ko ni...naik la lori bomba korang tu"

Jual Telur...

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Tak Muat

Tiga orang menaiki motor lalu ditahan oleh polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya kepada polis, "maaf, tok! tak muat dah.....kami dah bertiga!!! lain kali sajalah!"

25 Pesanan Luqmanul Hakim

1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Sifat Perempuan Yang Perlu Kita Ketahui


* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan

14 Fakta Menarik


1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah 
    disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 


2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya   
    bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 


3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak, 


4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 


5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses 
    penghadaman. 


6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih

Monday, 4 June 2012

Gelagat Orang Kita

Lelaki Bergelut Dengan Harimau


DULIAJAN, India - Seekor harimau bintang ditangkap di kawasan penempatan penduduk di sini, dalam negeri Assam semalam.
Harimau itu menakutkan penduduk setempat selepas menyerang dan mencederakan dua orang di sebatang jalan di sini.
Binatang buas tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa pegawai perhutanan India.
Namun, seorang lelaki yang bergelut dengan harimau tersebut cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. - Agensi

Parah Dibelasah 30 Lelaki


GEORGE TOWN — Seorang remaja parah selepas ditetak dan dibelasah lebih 30 lelaki dalam satu kejadian di Kampung Baru, Air Itam, di sini malam tadi.

K.Sasikumar, 19, menerima lebih 100 jahitan dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kejadian pukul 8 malam itu.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan salah faham antara mangsa dan sekumpulan lelaki berkaitan beberapa perkara.

"Berikutan berang dengan mangsa, beberapa lelaki itu memanggil rakan-rakan mereka ke tempat kejadian sebelum menyerang Sasikumar menggunakan senjata tajam dan kayu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kumpulan lelaki terbabit kemudian meninggalkan Sasikumar di tempat kejadian selepas mendapati mangsa cedera parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis telah mengenal pasti kumpulan lelaki yang menyerang mangsa.

Beliau berkata, usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan termasuk mengadakan "Ops Tutup" secara besar-besaran.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.— BERNAMA

Sejarah Lebuhraya


SEJARAH pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.
Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.
Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.
Pembinaan jalan raya di negara ini hanya berkembang pesat selepas kemasukan British.
Selain mempunyai teknologi dan kepakaran dalam membina jalan raya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh pertumbuhan industri bijih timah.
Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.
Disebabkan itu, banyak kemudahan jalan raya dan pengangkutan awal dibina di negeri tersebut sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus

Rokok Punca Penyakit Kronik


BERCERITA mengenai rokok, kita tentu terbayang banyak jenama rokok di pasaran memandangkan setiap negara mempunyai jenama sendiri.

Mengimbau iklan rokok Malboro Man - lelaki berpakaian koboi dengan sebatang rokok di tangan menunjukkan 'kehebatan'.

Tapi tidak ramai tahu tiga lelaki yang terlibat dalam iklan Malboro Man - Wayne McLaren, David McLean dan Dick Hammer meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Budaya merokok dibawa ke Eropah pada abad ke-16, kemudian menjadi kebiasaan dalam kalangan bangsawan.

Di Amerika Syarikat pula, puak Red Indian merokok untuk acara pemujaan dan bukan menunjukkan kehebatan.

Walau untuk tujuan apa pun, hakikatnya merokok menimbulkan banyak masalah bukan

Malaysia dan Filipina Seri


KUALA LUMPUR - "Tiada apa untuk dirisaukan, ini bukannya pertandingan. Perlawanan persahabatan adalah perlawanan persahabatan, apa tujuan perlawanan persahabatan, kamu patut tahu,'' itu reaksi jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas melihat Malaysia gagal menumpaskan Filipina di Stadium Shah Alam kelmarin.
Ketumpulan jentera serangan Harimau Malaya menembusi benteng lawan biarpun melancarkan serangan bertali arus sedikit pun tidak menggusarkan Rajagobal, sebaliknya beliau lebih gemar melihat aspek positif, iaitu mutu persembahan keseluruhan yang dipamerkan anak-anak buahnya.
Tegas Rajagobal lagi, apa yang mustahak mengenai aksi persahabatan antarabangsa bukanlah keputusannya semata-mata, sebaliknya ia menjadi pentas untuk menguji prestasi keseluruhan pemain.
"Memang benar kita berpeluang untuk memenangi perlawanan ini, Kita mensia-siakan 15 hingga 16 peluang jaringan dan memang patut memenanginya.

Sunday, 3 June 2012

Semak Arah Kiblat...


Umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.18 petang, Ahad ini.
Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak berkata, peluang keemasan itu tidak wajar dilepaskan kerana fenomena istiwa' matahari yang menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada Ahad ini dan 15 Julai depan.
Tambahan pula, katanya, penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah.
"Fenomena istiwa' matahari berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai.
"Fenomena itu berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun kecuali pada tahun lompat. Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Buah Kelapa Bertunas Pokok Pisang


 Penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan, di sini gempar apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang.


Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.


Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu.

Zon Larangan Merokok ---> pasni smoker mesti pening kepala cari port hehehehe


Sebanyak 21 kawasan di sekitar bandar raya ini dan Nusajaya diwartakan sebagai zon larangan merokok dan akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini pada tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, antara kawasan zon larangan merokok yang telah diwartakan adalah Hutan Bandar Mutiara Rini di Skudai, bangunan kerajaan, universiti serta beberapa hotel di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, pihaknya turut melancarkan program Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) hari ini bagi membantu kerajaan negeri memperluaskan zon larangan merokok di negeri ini.
"Kerajaan negeri menerusi program JBAR komited untuk menyediakan persekitaran yang bersih, segar dan selesa serta bebas daripada asap rokok kepada penduduk.
"Justeru, kita akan terus memperluaskan lagi zon larangan merokok ini bukan sahaja di Johor Bahru, malah di daerah lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program JBAR dan Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Rajagobal Puas Hati Prestasi Anak Buah


Ketua jurulatih bola sepak negara Datuk K. Rajagobal berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya dalam perlawanan persahabatan bertemu Filipina di Stadium Shah Alam, di sini malam ini.
Pada perlawanan tersebut, pasukan Harimau Malaya terikat tanpa jaringan bertemu skuad "The Azkals" yang dibimbing jurulatih berbangsa Jerman, Hans Michael Weiss.
"Saya berpuas hati dengan tempo permainan yang ditunjukkan oleh pemain kita kerana pasukan lawan mempunyai fizikal yang lebih besar daripada kita.

Saturday, 2 June 2012

Zizan Juara Super Spontan.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seperti yang diramal banyak pihak, pelawak terkenal, Zizan Razak dipilih sebagai juara sulung program permainan realiti komedi, Super Spontan pada malam kemuncak berlangsung di Hulu Kelang, di sini malam ini.

Dengan gelaran itu, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abd. Razak, 28, menewaskan lima finalis lain dan membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry berserta wang tunai sebanyak RM100,000.

Naib juara dimenangi oleh Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 36, yang menerima wang tunai sebanyak RM25,000

Pembantu Rumah Asing Masuk Balik..


Berikutan keputusan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuatkuasa 1 Dis 2011, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan hari ini.
Wanita dari Jawa Timur yang tiba di Malaysia tiga hari lalu itu diserahkan kepada majikan masing-masing pada satu majlis khas di sini.

Senyum Kambing....Kerana Mulut Badan Binasa.....hehehehehe

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja

Amanat Terakhir Rasulullah S.A.W


" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu kamu selepas tahun ini.

Oleh itu; dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kami kepada pemiliknya yang berhak.

Resipi Telur Pindang Warisan Keluarga

Bahan-bahan:


1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.

Cara Membuat:

1. Asingkan semua daun dari